Friday, October 19, 2012

A moment to be captured (PNB)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hujan renyai-renyai pada waktu petang mcm ni mmg sesuai untuk aktiviti tidur. Tapi sebab tengahari dah tidur, rasanye baik aku buat kerja lain. Tidur malam pon boleh kan.

Pada 9 hingga 12 oktober yang lalu, buat kali kedua aku jejakkan kaki ke negeri Pulau Pinang. kali pertama xsilap masa aku darjah enam. :P tapi masa tu pergi, aku xade memori mcm mane keadaan trip tu. oleh itu, peluang kedua ni aku captured kan banyak-banyak memori untuk disimpan.

Tapi, sebenarnya kami (aku dan Fatin) tak banyak sangat pon jalan-jalan negeri ni cuma yang banyak adalah pengalaman berkuiz PNB dan bertemu dengan kawan-kawan baru daripada ipg lain.

let them do the talking. lol 

duk atas ni neves nak mati. tapi semua org cool je.


victor dan zakirah dr Ipg Perlis. ni kami baru je menang second round. 



bersama pensyarah yang sgt sporting.

rakan drpd IPTI

Perpustakaan IPG TB

tunggu VIP masuk #perasaan yg tak boleh digambarkan

alhamdulillah. 

1st IPG Tengku Bainon 2nd IPG Islam Bangi 3rd IPG PEREMPUAN MELAYU

the moment i treasure


Sebenarnya, banyak lagi benda-benda yang nak dikongsikan. Mungkin lain kali. :P 















































Tuesday, October 2, 2012

Gagal tempoh percubaan

2 Oktober Tahun 2012, aku merupakan seorang pelajar degree semester dua di salah sebuah institusi pendidikan kat Malaysia ni. Sedar tak sedar, dah dua tahun setengah aku menetap di Melaka, lame sungguh. tapi, secara jujurnya, aku sedikit kecewa dengan pencapaian diri sendiri. 

dua tahun setengah bukan suatu jangka  masa yang pendek, sepatutnya dah banyak wishlist yang aku dah patot cross, tapi sebaliknya, ape pon tak jadi. pikir-pikir balik, di mana salahnya? kalau fikir dengan akal yang cetek, mestilah sebab salah institusi ni, kelas sampai ke petang, banyak program tak kira hari weekdays atau weekend. tapi adik manis, kenapa orang lain BOLEH saje berjaya? mampu je kecapi kejayaan sedangkan kami berada dalam situasi yang sama. so ape macam?salah siapa?

salah sayalah.

jangan tak tahu, saya punyai impian lebih tinggi dari gunung everest. saya nak jadi seorang yang berjaya dalam konteks saya sendiri. saya punyai penanda aras saya sendiri. jadi jangan persoalkan kenapa saya masih lagi tak berpuas hati. selagi masih belum saya jejak tangga tersebut, saya takkan berhenti. tapi, tidak bermakna saya tak bersyukur atas apa yang telah dikurniakan. sebaliknya, sebab bersyukurlah saya ingin berjaya ke tahap yang lebih tinggi. saya tahu Allah telah kurniakan segalanya kepada hambanya, kepada saya, kesihatan, tubuh badan, kelapangan dan AKAL, jadi kenapa saya nak bazirkan semua nikmat Allah bila saya tahu saya masih lagi mampu? 

dan 

Ya Allah, betapa saya mensyukuri nikmat yang telah Kau berikan. saya bertuah, saya dikelilingi oleh ramai orang yang mempunyai visi misi yang jelas dalam hidup mereka. saat saya rasa saya tak mampu untuk berubah menjadi seorang yang xtraordinary, merekalah yang menaikkan semangat saya. mereka seolah-olah berkata kepada saya " tak ada jalan yang mudah dalam menuju kejayaan". jadi, saya pon tak jadi nak berputus asa. ^^

tapi, saya kira usaha saya masih lagi di tahap yang sangat rendah. 20%? sampai ke? tapi, satu yang pasti, tak lebih pon dr 20% tu. malu lah. masalah terbesar saya. MASA. masa banyak, cuma tak disusun dengan baik. musuh ketat saya pula, procrastination. huh. i was the best procrastinator. T_T i am still act. 

kesimpulannya, tempoh dua tahun setengah di sini saya isytiharkan tempoh percubaan yang GAGAL. jadi, saya beri tempoh masa setahun untuk diri saya sendiri, menjadi seorang yang lebih baik. Insyaallah.