Friday, September 28, 2012

MAKNA seorang sahabat

Saya mempunyai ramai kawan sebab saya memang suka berkawan. Tapi, bagi saya, masa bersendiri juga penting bagi setiap individu. Kadang-kadang, bila lama sangat duduk dalam bilik berkeseorangan, tiba-tiba rasa saya perlukan kawan untuk menceriakan hari saya.

Tapi, memikul tugas sebagai seorang kawan bukan berhenti takat itu sahaja. Maksud saya, kawan bukan hanya bertugas semasa kawan yang lain rasa bosan, tak tahu nak buat apa dan apabila bosan  sudah habis, maka berakhirlah tugas mereka. Itu bukan kawan namanya.

Selain daripada keluarga, sahabatlah orang yang penting dalam hidup saya. Sejak saya berumur 13 tahun sampailah sekarang (20-an), kebanyakan masa saya habiskan bersama sahabat dan kawan-kawan, sbb bersekolah di sekolah berasrama dan belajar pon jauh-jauh. Boleh dikatakan, masa bersama dengan keluarga sangatlah terhad dan mmg tak terbanding masa bersama dengan kawan-kawan.
Kalau melihat dr segi jumlah perbandingan masa yang telah diluangkan untuk bersama keluarga dan kawan-kawan, sepatutnya kawan-kawanlah yang harus berada ditangga teratas dalam carta hati. Kan kan?

Tapi kenapa tidak?

Sebab kasih sayang, cinta tidak boleh diukur dengan jumlah masa kita luangkan bersama insan-insan tersayang, tetapi sejauh mana MAKNA seseorang tersebut dalam hati kita. tak perlu nak bermesej tanpa henti, tak perlu bergayut atau merepot rutin hidup kita 24 jam. # ni tak, kne gigit semut pon nak gtaw. Cuma, adakan diri kita semasa mereka susah, berkongsilah berita gembira dalam hidup kita agar dia rasa dihargai. Dan yang penting, doakanlah kesejahteraannya dalam solat dan doa seharian kita.

Tak ada kawan atau sahabat yang sempurna dalam dunia ni. Tak ada juga sahabat yang tak pernah melakukan kesalahan atau saling tak menyakiti, Cuma kalau kita sahabat yang baik, terimalah kelebihan dan kekurangan sahabat seadanya.

Oleh itu para sahabat sekalian, SELAMAT BERSAHABAT. ^^