Thursday, May 16, 2013

Jom jumpa lagi :)

Jom,
suatu hari nanti,
kita jumpa lagi.
tapi bukan diri kita yang sekarang ini,
tapi dengan satu identiti yang telah diperbaiki.

Kalau hari ini aku terpaksa pergi,
itu bukan satu alasan sebab nak melarikan diri,
tapi demi tunaikan satu janji,
janji aku nak jumpa dengan kau lagi,
tapi bukan dengan keadaan sekarang ini,
tapi dengan aku yang baru yang lebih diyakini.

kalau nak bicara tentang cinta, esok pagi belum tentu habis,
dan kalau asyik nak layan jiwa, satu kerja mesti takkan selesai,
sebab tu, keputusan diambil untuk pencilkan cinta,
supaya satu hari nanti, bila aku jumpa kau lagi,
aku boleh kata, "nah ni cinta dahulu yang aku simpan".
hanya untuk kau arjuna harapan
jom jumpa lagi. :)

Because you are my teachers

Thank you to all my teachers for guiding me until i reach this level. When i was first entered school, i couldnt read, write i barely knew nothing. You taught me one by one, open my eyes, open my heart to see the real world. one day, u might not remember me, or i could not recognize u, but one thing for sure, u always be in my prayers.

May Allah grant you with good health, happiness and wealth. Thank you teachers.

Thursday, November 22, 2012

What makes you?

Looking great, does not mean u are great. 
Feeling good, does not mean u are good. 

nothing to be proud of. 

Sunday, November 18, 2012

hai. hai. 

semalam, seteleh ditegur oleh seorang kawan. barulah aku perasan bahawasanya. 

satu. selama setahun (lebih kurang), menu pilihan kat cafe aku hanyalah nasi putih, ayam goreng, dan sayur kangkung. itu tak campur masa-masa lain. 

dua. masuk foodcourt KBMall, satu satunya menu fevret @ wajib order ialah bihun sup, tanpa taugeh, extra limau. taknak yang lain. 

tiga. mana-mana kawan datang ke rumah, mesti aku ajak pegi kedai mihun sup kedai kawan sekolah dulu. hari-hari makan pun tak kesah. 

empat. masuk je tesco melaka.mesti mahu jenguk nasi ayam penyet api-api. tak makan mihun sup sbb tak sedap kat situ.   

lima. masih menggunakan pensil tekan warna pink yg sudah berkhidmat since sekolah menengah. Pernah hilang sekali, xselesa guna pensil laen, so usaha cari yang sebijik sama. jumpa, alhamdulillah. 

enam. walaupun ramai kawan lelaki, masih tertarik dengan seorang kawan drpd sekolah menengah. mcm mane tu? 

^^

Friday, October 19, 2012

A moment to be captured (PNB)


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hujan renyai-renyai pada waktu petang mcm ni mmg sesuai untuk aktiviti tidur. Tapi sebab tengahari dah tidur, rasanye baik aku buat kerja lain. Tidur malam pon boleh kan.

Pada 9 hingga 12 oktober yang lalu, buat kali kedua aku jejakkan kaki ke negeri Pulau Pinang. kali pertama xsilap masa aku darjah enam. :P tapi masa tu pergi, aku xade memori mcm mane keadaan trip tu. oleh itu, peluang kedua ni aku captured kan banyak-banyak memori untuk disimpan.

Tapi, sebenarnya kami (aku dan Fatin) tak banyak sangat pon jalan-jalan negeri ni cuma yang banyak adalah pengalaman berkuiz PNB dan bertemu dengan kawan-kawan baru daripada ipg lain.

let them do the talking. lol 

duk atas ni neves nak mati. tapi semua org cool je.


victor dan zakirah dr Ipg Perlis. ni kami baru je menang second round. 



bersama pensyarah yang sgt sporting.

rakan drpd IPTI

Perpustakaan IPG TB

tunggu VIP masuk #perasaan yg tak boleh digambarkan

alhamdulillah. 

1st IPG Tengku Bainon 2nd IPG Islam Bangi 3rd IPG PEREMPUAN MELAYU

the moment i treasure


Sebenarnya, banyak lagi benda-benda yang nak dikongsikan. Mungkin lain kali. :P 















































Tuesday, October 2, 2012

Gagal tempoh percubaan

2 Oktober Tahun 2012, aku merupakan seorang pelajar degree semester dua di salah sebuah institusi pendidikan kat Malaysia ni. Sedar tak sedar, dah dua tahun setengah aku menetap di Melaka, lame sungguh. tapi, secara jujurnya, aku sedikit kecewa dengan pencapaian diri sendiri. 

dua tahun setengah bukan suatu jangka  masa yang pendek, sepatutnya dah banyak wishlist yang aku dah patot cross, tapi sebaliknya, ape pon tak jadi. pikir-pikir balik, di mana salahnya? kalau fikir dengan akal yang cetek, mestilah sebab salah institusi ni, kelas sampai ke petang, banyak program tak kira hari weekdays atau weekend. tapi adik manis, kenapa orang lain BOLEH saje berjaya? mampu je kecapi kejayaan sedangkan kami berada dalam situasi yang sama. so ape macam?salah siapa?

salah sayalah.

jangan tak tahu, saya punyai impian lebih tinggi dari gunung everest. saya nak jadi seorang yang berjaya dalam konteks saya sendiri. saya punyai penanda aras saya sendiri. jadi jangan persoalkan kenapa saya masih lagi tak berpuas hati. selagi masih belum saya jejak tangga tersebut, saya takkan berhenti. tapi, tidak bermakna saya tak bersyukur atas apa yang telah dikurniakan. sebaliknya, sebab bersyukurlah saya ingin berjaya ke tahap yang lebih tinggi. saya tahu Allah telah kurniakan segalanya kepada hambanya, kepada saya, kesihatan, tubuh badan, kelapangan dan AKAL, jadi kenapa saya nak bazirkan semua nikmat Allah bila saya tahu saya masih lagi mampu? 

dan 

Ya Allah, betapa saya mensyukuri nikmat yang telah Kau berikan. saya bertuah, saya dikelilingi oleh ramai orang yang mempunyai visi misi yang jelas dalam hidup mereka. saat saya rasa saya tak mampu untuk berubah menjadi seorang yang xtraordinary, merekalah yang menaikkan semangat saya. mereka seolah-olah berkata kepada saya " tak ada jalan yang mudah dalam menuju kejayaan". jadi, saya pon tak jadi nak berputus asa. ^^

tapi, saya kira usaha saya masih lagi di tahap yang sangat rendah. 20%? sampai ke? tapi, satu yang pasti, tak lebih pon dr 20% tu. malu lah. masalah terbesar saya. MASA. masa banyak, cuma tak disusun dengan baik. musuh ketat saya pula, procrastination. huh. i was the best procrastinator. T_T i am still act. 

kesimpulannya, tempoh dua tahun setengah di sini saya isytiharkan tempoh percubaan yang GAGAL. jadi, saya beri tempoh masa setahun untuk diri saya sendiri, menjadi seorang yang lebih baik. Insyaallah. 

Friday, September 28, 2012

MAKNA seorang sahabat

Saya mempunyai ramai kawan sebab saya memang suka berkawan. Tapi, bagi saya, masa bersendiri juga penting bagi setiap individu. Kadang-kadang, bila lama sangat duduk dalam bilik berkeseorangan, tiba-tiba rasa saya perlukan kawan untuk menceriakan hari saya.

Tapi, memikul tugas sebagai seorang kawan bukan berhenti takat itu sahaja. Maksud saya, kawan bukan hanya bertugas semasa kawan yang lain rasa bosan, tak tahu nak buat apa dan apabila bosan  sudah habis, maka berakhirlah tugas mereka. Itu bukan kawan namanya.

Selain daripada keluarga, sahabatlah orang yang penting dalam hidup saya. Sejak saya berumur 13 tahun sampailah sekarang (20-an), kebanyakan masa saya habiskan bersama sahabat dan kawan-kawan, sbb bersekolah di sekolah berasrama dan belajar pon jauh-jauh. Boleh dikatakan, masa bersama dengan keluarga sangatlah terhad dan mmg tak terbanding masa bersama dengan kawan-kawan.
Kalau melihat dr segi jumlah perbandingan masa yang telah diluangkan untuk bersama keluarga dan kawan-kawan, sepatutnya kawan-kawanlah yang harus berada ditangga teratas dalam carta hati. Kan kan?

Tapi kenapa tidak?

Sebab kasih sayang, cinta tidak boleh diukur dengan jumlah masa kita luangkan bersama insan-insan tersayang, tetapi sejauh mana MAKNA seseorang tersebut dalam hati kita. tak perlu nak bermesej tanpa henti, tak perlu bergayut atau merepot rutin hidup kita 24 jam. # ni tak, kne gigit semut pon nak gtaw. Cuma, adakan diri kita semasa mereka susah, berkongsilah berita gembira dalam hidup kita agar dia rasa dihargai. Dan yang penting, doakanlah kesejahteraannya dalam solat dan doa seharian kita.

Tak ada kawan atau sahabat yang sempurna dalam dunia ni. Tak ada juga sahabat yang tak pernah melakukan kesalahan atau saling tak menyakiti, Cuma kalau kita sahabat yang baik, terimalah kelebihan dan kekurangan sahabat seadanya.

Oleh itu para sahabat sekalian, SELAMAT BERSAHABAT. ^^