Tuesday, January 24, 2012

Sabtu dan beg Plastiknya

Assalamualaikum. Entry ini merupakan entry yang pertama oleh aku. Aish, kekok pula bila lama tak menulis blog. Dah lama sangat nak buat blog baru, tapi niat sesuci debu itu terbengkalai kerana aku tak ada motif penulisan yang jelas. Lama mencari, akhir sekali, "peduli hape ak, buat je lah". hee

Memandangkan ini merupakan entry yang pertama, aku nak menceritakan satu pengalaman aku alami sendiri. Kisahnya adalah seperti berikut.

Alkisah pada suatu hari, aku berkunjung ke sebuah pasaraya di tempat sayalah. Sebenarnya, bukan nak shopping sangat, cuma saja nak jalan-jalan makan angin dalam tu. Dalam ada air-con, luar ade? Tak ade kan. Okay. Banyak-banyak barang kat situ, aku tertarik nak beli tisu. Yer, tisu muka tu yang berharga RM3.50. #pandai-pandai je aku letak harga..  

WARNING: JANGAN TINGGALKAN PAGE INI, SEBAB CERITANYA BELUM BERMULA.

Lepas mengambil keputusan nak beli tisu tersebut, aku bergegas ke kaunter. Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa Malaysia, aku pun beratur menunggu giliran nak bayar satu item iaitu tisu semata.

Aku      : Akak, berape ye? Tisu tu tak payah letak dalam plastik beg ye kak.
Cashier : RM3.50 dik. Kenapa tak nak plastik bag? Tak per tak per, hari ni bukan hari Sabtu. Boleh pakai    plastik bag. Boleh jugak masukkan dalam bag tu.
Aku      : tapi kak..
Cashier : Kat sini, hari Sabtu jer tak boleh guna plastik bag, hari lain boleh.

Dengan sinis akak tu bagi tahu aku, owh lupa, dengan pakej senyum kambingnya juga. Aku toleh belakang, ada beberapa orang lelaki sedang gelakkan aku. Aku pon taknak ketinggalan, gelak juga, tapi dalam hati je lah sambil mengenangkan apa yang berlaku.

Tadi tergelak, tiba-tiba rasa sedih dan terkilan. Sebelum itu, aku coretkan kisah ini, bukan hendak merendahkan martabat sesiapa, cuma rasa terpanggil untuk bersama-sama faham kenapa tak dibenarkan penggunaan plastik bag tu. 

Pada dasarnya, kita perlu bawa beg sendiri pada hari Sabtu sebab semua pasaraya tak akan sediakan kemudahan itu. Dan kalau tak bawa, Aku memang tak boleh nak bayang  bawa sawi dan softlan dan kicap dengan hanya menggunakan tangan. Tak ke haru jadinya. Tetapi, kerajaan tidak akan melaksanakan dasar tersebut hanya untuk menyusahkan rakyatnya. Sebabnya kukuh. MISI MENYELAMATKAN ALAM SEKITAR. 

Bagi pendapat aku, antara tujuannya adalah untuk mendidik rakyat Malaysia agar mengurangkan penggunaan plastik bag. Mula-mula hari Sabtu, lepas tu mungkin Rabu, Khamis dan seterusnya. Akhirnya, rakyat Malaysia dah memang tak nak guna plastik bag tu. Amacam, okay tak?? Yelah, sbb kita semua dah maklum   yang plastik mengambil masa 100-500 tahun untuk lupus. Lama sangat tu.. Jadi kawan-kawan yang budiman, apa salahnya berbudi pada bumi.

Dan kepada akak cashier terchenta, saya tak marah akak malukan saya, walaupun biru juga muka saya masa tu. Nak saje aku terangkan apa yang aku belajar tentang alam sekitar masa sem 3 asasi. Sabar ke lah. jangan buat lagi ye.

Okaylah rakan-rakan, akhir kata bukalah hati dan minda. Jangan dicetekkan minda yang Allah kurniakan kepada kita okay.Ini merupakan ingatan kepada saya juga. Sama-sama kita amalkan ye.

Salam.